KiSah lOvEly iNtAn

lovely la sgt ( = _ = ")


Thursday, November 10, 2011

Lelaki alololo cweetnyee dengan kucing


assalamualaikum

kebiasaannya kucing ni sinomin dengan perempuan, kalau perempuan kucing kalau kucing perempuan. aku je yang tak, aku perempuan, bukan tak suka kucing tapi scary je. banyak sangat sejarah silam, trauma aku, haha!



tapi kalau lelaki dengan kucing? ramai juga tapi tak banyak yang tunjuk. means macam perempuan yang suka kucing, mesti tunjuk. kucing tepi jalan pun kau sapu, maksud aku belai. tapi lelaki jarang yang macam tu. tapi kalau kau nampak mesti kau rasa...




semua perempuan akan rasa macam tu, betul tak? muka hamid pun boleh jadi macam adi putra, ecehhh musim cerita Tentang Dhia kan? hehe. padahal lelaki tu ntah-ntah nak cek kutu babi kucing tu ke, kau tahu? perempuan ni suka emosi lebih, tetiba aku emo. haha! lelaki ni kalau suka kucing, orang kata penyayang. betul statement tu aku rasa. tapi ada je yang suka kucing tapi baran. mana tak nya suka kucing suka juga tapi lagi suka dera kucing.


muka kucing camni, sanggup kau dera? comel sgt!


lagi 1, kau nampak je lelaki dengan kucing mesti macam ada ais batu abc dekat hati kau lepas tu terus jadi cair. anyonyonyo, alololo, alalala semua perkataan nyomey kau nak sebut kan?

so gentleman, kau kalau nak ngorat ladies senang je. kau ambil jela mana-mana kucing kat tepi jalan, belai la mereka macam kau nak belai megan fox. confem aweks pandang kau. tapi awas la, kalau awek tu scary kucing alamat jeling mata pun dia tak nak dekat kau. aku lain, aku ok. hehe



sekian.....

lelaki vs perempuan



assalamualaikum

pemikiran lelaki dan perempuan sememangnya berbeza. dalaman berbeza, luaran lagi la berbeza. bukan pemikiran je, benda lain pun ada juga. emosi kau, stail kau, citarasa kau, semuanya berbeza. kalau yang sama tu, untunglaaaaa....

kita selalu dengar.....


tak pun


kan ?

biasa sangat dah tu, so aku rasa men and women is actually born to be a different. means, sifat and so on la kan. yela kalau sama susah pulak nanti, kang udah kau berebut dengan laki kau nak baju sama, kasut sama, semua nak sama. tak ke haruuuu...

even perempuan sesama kaum pun ada sifat dan perangai yang berbeza, betul tak? betul lah orang cakap, hidup saling lengkap melengkapi. kena la ada pro and contra dia kan. macam lelaki, biasa la perangai depa ni. ego tinggi melangit macam klcc, suka berlagak macho macam masuk iklan, jujur melampau *straight forward. perempuan tak kurang juga, emosi memanjang. sensitif, suka jaga hati orang *cakap berlapik. tapi ada je lelaki dan perempuan yang perangainya terbalik, tu lain cerita la kan, aku malas nak cerita, the end.

aku kalau boleh memang nak masukkan fakta-fakta sains, neurologi dengan cell bagai tu. tapi malangnya aku bukan la budak sains kan, aku kena ajar budak reti la, hehe! yang tu kau tanya sendiri la kat en.google, aku malas.

sebenarnya aku nak cakap, kadang-kadang aku tak faham perangai pakwe aku. tu jeeee, haha XD

Wednesday, November 9, 2011

playboy muka tembok enam



assalamualaikum

akhirnya terbuka hati nak upedate blog kembali,
macam ayat budak baik, bagus. aku makin matured leetteewww
dah lama tinggal kan blog, baca blog apetah lagi.
bila cuti panjang yang bosan ni la masa paling sesuai nak baca blog balik
rasa macam loser pulak, entry puasa aku baru nak baca.
kesian.


tengah blogwalking ni, mula tertarik nak selongkar pasal minah ni
dulu kawan aku masa sekolah tapi takla rapat sangat pun
aku check it out la blog dia an an, konon nak taw pasal life dia la kan
rasa macam melodi pun ada aku ni, sebuk nak taw pasal orang lain
so, ada 1 entry ni aku tertarik betul
pasal bf dia komen dekat facebook dengan ex lame, nama pun ex mmg la lama kan


so aku macam terfikir la,
bf dia bukannya encem anyonyo + alololo pun, muka jambu korea tu lagi jauh la gamaknya
tapi punya la playboy dengan perasaan tak sedar diri
fffuuuhhhh, sighh!
tapi stail sekarang memang camtu pun,
muka macam dr.rozmey pun kau boleh jadi playboy dengan jayanya
majalah playboy je kau tak boleh jadi lagi, hik hik bajet comel




apesal aek? kalau muka macam aaron aziz ke, farid kamil ke,
and muka ensem yang lain takpela juga
kira logik la juga kalau muka ni jadi playboy
tak la orang pandang kau sebelah mata dengan perasaan belah terbagi-bagi
kesian awek kau dapat kau kan, aku? minta simpang la
tapi laki, kau apa tahu? perangai semua orang boleh berubah-ubah
ye dak? dak?


nah, amek kau. hahaha


semoga lebih ramai lelaki yang sedar diri menjadi lebih lelaki dan berwawasan
tak la makin pelik-pelik, sekian
peace yawww :)

Monday, November 7, 2011

post selepas 6 hingga 7 bulan blog bersawang!



assalamualaikum

kehidupan aku terlampau malas
sebab tu aku malas nak update blog
bukan idea takde, padahal banyak gilosss
tapi M.A.L.A.S




ni pun saja nak post
sebab nak cakap aku malas
naissss kan? ni nice taw bukan nama org =_='
ok bai


aku cun, aku taw!
ehh bukan, korang cun, korang coolll
pe kaitan ntah =__='


Thursday, April 28, 2011

kisah seorang isteri

assalamualaikum
yaw, wassup bro


aku dah habes exam, yeaaa loncat la sikit!
sekarang aku macam malas sikit nak update blog
ops, bukan macam, tapi memang -___-'
sedih kan?
jeles tengok org update laju-laju mcm drivethru *pe kaitan pun aku tak tau


sekarang aku dah start cuti sem
serius aku tak suka cuti sem der, nt aku terseksa~~
puyusss...
jauh dgn marka, sapa suka haa? aku memang gedik
nasib baik cuti sebulan, lek luuu~~
bukan apa, aku kalau duduk rumah mcm takde life der,
eceh, aku syg family aku, rilex rilex
cuma, yela tak bolah la aku nak joli joli


cuti sem, aku kerja la mcm biasa
tapi kali ni lagi mantap
kerja guru ganti/guru sandaran, sapa mau bagi???
ok la kan, untuk bekalan hidup
simpan bank sebulan check balik dah lesap~~
pe pun tak boleh kau ni intan T___T
panggil la aku cikgu intan and teacher intan
pergh, gua ajar BI bai. serius tak menahan
pe aku nak ajar, please tell me tell me
jgn kasi aku malu dah la kan, ekau sajo nak kona kan den!
aku ajar PJK dgn SIVIK jugek, kurus la kau intan.


so, balik rumah takdelah dapat internet yg heaven mcm kat kolej
internet rumah aku pun pinjam line jiran aku, HAHAHA!
sem depan masa depan aku pun tak terjamin, sem dpn aku duduk rumah sewa
sedih tak sedih aku menahan la kan, errhhh~
confem aku pandang laptop dgn pandangan bersahaja je kan.
ntah ada internet ke tak, sob sob sup sup ayam pun boleh


kesimpulannya daripada jalan cerita di atas?
senang je
jangan harap dan aku tau memang takde sapa harap la
aku akan update raban-raban laju-laju
serius, aku update ikut mood dan kerajinan
yela, lagipun sekarang mcm takde cite best nak bagitau
tak kan aku nak tulis " hari ni aku pi toilet, aku nampak lipas, aku menjerit-jerit"
watdepukk la kan!
tunggu la aku dah kerja ke kahwin ke dah ada anak ke
best sikit nak cite apape kan
cerita malam pertama ke, malam kedua ke, ke tiga ke, HAHAHA


ye, tajuk dengan entri tiada kaitan.
saya tahu, maaf

K BYE! hahaha :D

p/s : aku tak tahu sem depan aku macam mana, aishh -___-'


Saturday, April 9, 2011

hantu kak limah dan kameranya


assalamualaikum
di malam yang hening, kedengaran kucing sahut menyahut
angin sepoi-sepoi language
ahh, dah apa aku merepek pagi-pagi buta ni??!!

orang kampung sekalian, petang tadi aku tengok hantu kak limah back home
ye, kau tak payah susah susah nak kutuk aku
memang aku baru tengok, tak payah nak hanjing-hanjing aku
handbag boleh, ehh tetiba -__-'

hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni
( oh sila baca tanpa henti, power tak korang? ^~ )
ok-ok dah cukup la tu
hari ni aku nak cite pasal pompuan, ye pompuan bukan pondan
gadis ke, kawin ke, janda ke, lantak! janji kau pompuan la

hai uolss, nama i markona. i wanita sejati taw -__-'

korang penah dengar tak pasal camwhore camwhore ni? ala yang pompuan sebuk duk menyengih kat depan lappy la, henset la. agaknya kalau tv tu ada kamera pun dia duk tibai sekali. dah la kadang-kadang tu senyum sorang-sorang, gila apa! ish ish, dunia akhir zaman makin ramai gila. eh ke bukan? kalau tak camne tu, cecite cecite. takda la, sesuka hati ayeem ayam ja kau duk fitnah. eh eh, ayeem blogger tu tak suka fitnah, dia suka romen ja! HAHAHA

kadang-kadang aku duk baca-baca blog orang lain terutamanya lelaki la, sebuk duk mengutuk pompuan yang suka bercamwhore ni. aku geli hati juga kadang-kadang tengok orang bercamwhore ni. yela, macam-macam mimik muka ada. ada yang tumbuh tanduk la, jadi halimah jongang la, jadi b*b* la, dasat dasat. tapi yelakan, aku sebagai pembangun wanita sejagat dengan ini merasmikan eh eh bukan, salah majlis ni. ok ok, ehem ehem. aku sebagai wanita sejati mestilah faham kan, pe salahnya pun. takde pun hukum cakap tangkap gambar ni dosa cuma manusia je yg suka buat gambar tu jadi dosa. oh yeah, oh yeah, perli diri sendiri T__T. faham tak faham bahasa sanskirit aku ni, ye aku saja je eja macam tu, jangan nak kata aku kena masuk tadika balik. chill dude, chill chill. -__-'

korang kena faham, pompuan ni suka mengisi waktu lapang. yela, sambil sambil tunggu pakwe ke kawan ke. amek la gambar dulu, boleh buat kenang-kenangan. nanti dah tua boleh cite kat cucu " cu, cetengok gambar nek ni, cantek kan? ni time nenek pergi toilet KLCC, canggih kan? ". haa, tu semua perlu tu. kang time korang dah nyanyuk tua bangka, jalan pun terkedek terkedek, sume benda dah makin canggih manggih. so gambar itulah yang menjadi kenangan, so function tak function camwhore ni? kan ada kelass gitu! pastu kau takde la duk tension menunggu pakwe or kawan kau ni kan, kurang sikit dosa menyumpah tu. boleh perasan cun dulu sebelum jalan-jalan, yeahh aku pompuan faham sangat la.

" cu, ni gambar nenek dekat tandas cinema mid valley. cantek kan muka nenek?
" a'ah nek, cantek toilet ni. eh eh, cantek nenek " T__T


lagi satu kalau kat dalam bilik kuliah, pehh dapat pulekk lecture yang cakap memang serupa macam radio klasik punya. memang kasi lentok la kepala ni minta sorongkan bantal, mata pun dah menari-menari. eh eh, mata menari-nari?? bukan bukan, huruf menari-nari. so nak hilangkan mengantuk, baik duk syiok sendiri tangkap gambar. time ni mula la, mata kau nak tersembul la, bibir kau angelina jolie curi la, hidung kau naik naik la, mata kau terangkat macam ziana zain la. kan ke sihat kegiatan tu, boleh cergas kan anggota muka. pastu nanti agak kawan sebelah join sekali, dah tangkap tengok balik dah mula puji diri sendiri. nak kasi cover sikit, puji kawan dulu, nanti kawan kau puji balik. sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri, ye dok?? HAHAHA! kata pompuan, adatla.........

contoh gambar dalam bilik kuliah, ye aku pun pompuan jugakkk T__T

dah, korang tak payah nak kutuk-kutuk lagi, biar la. seronok apa tengok orang hepi tangkap gambar. kang diorang nak bunuh diri kat KB Mall, korang bising, kata takda iman la, takda otak la, lembu la, kereta waja la. ye, kereta waja pun boleh juga! sebenarnya ni la salah satu cara kita melepaskan stress dan kentut , kau tangkap gambar, puji diri sendiri, perasan sampai senyum nampak gigi, jadi bahagia. kan?

ni muka terlebih bahagia T__T


p/s : motif tajuk dan isi tiada kaitan, ok sudah -___-'

Thursday, April 7, 2011

blog suci dalam debu dan sawangan!


assalamualaikum
yaw ma man, wassup dude??
check it out, check it out!!


usop : asal teman ghase gelap je tempat ni yob? bersawang haa teman nengoknye!
spiderman : hai abg usop, ni la tempat I tinggal. cantek kan? sapa sokong tempat ni cantek, angkat tangan macam saya ~~~~

lawak nya!!! ok fine, memang tak lawak! =__='
lama dah aku tak update blog ni, lama sangat la.
agak-agak kalau blog ni kek, mesti dah berkulat
kalau almari mesti dah ada spiderman duduk kat blog aku ni.
yeahh, boleh juga. boleh kawin dengan TOBEY MAGUIRE


eh eh, bukan yang ni la! tegap sgt, aku tak layak T__T


eh eh, sapa plak upload gamba ni? sensored doe! =__='


oke, yg ni baru layak untuk aku, HAHAHA :D


korang tak nak tahu ke sebab aku habuk kan blog aku ni?
lantak la kau taknak tahu pun, aku bagitahu jugekkk! aku memang berlagakkk sikit
biasalah, aku kan VIP, selalu buzy ke sana-ke sini
ecehh, jawapan standard yob, ate kome cakap jela kome ni pemalas bebeno nak update blog
baiklah T___T

banyak idea aku nak letak kat blog, tapi malas nak taip
ada sesapa sanggup jadi kuli tak bergaji aku?
bukan susah, taip je apa yg aku cakap


p/s : teman bukan oghang perok yob, teman oghang selangor :D



Friday, February 11, 2011

megan fox minat aku!


assalamualaikum


tiba-tiba gua rasa nak kurus, gua tension tengok orang kurus. ciss, dem sungguh!tertekan ni, rasa macam nak tekan-tekan orang. ni semua gara-gara gua baca blog-blog wanita kurus.huh!tapi selalu sangat banyak halangan dan palangan.lu orang ingat senang ke nak kurus?oh tidak tidak, perlukan semangat yang gitu. bak kata pepatah 'gaya, mutu keunggulan', korang tak penah dengar takpe sebab aku tak kisah. HAHAHA!

dulu aku penah juga lancarkan misi kurus aku ini, maybe berjaya sikit la. omputeh spekang maybe in 3 or 5 percent only, ok la tu kan dari takde langsung. yela, kalau ada orang tegur tu berjaya la. tapi banyak mana la sangat kan. aku tengok pun sama je, takde perubahan dan penukaran. nehi nehi, bonci bonci!

teknik gambar nampak kurus
vs
tangkap gambar macam mana pun masih kurus

aku ada jugak tengok ramai yang kurus mendadak, serius gua tak tipu. dulu kat skola gua tengok awek tu gemuk wey, tapi sekarang perghh bergetah. gua tarak tipu der, fishkek betul. gua jelez ni, jelez! bila gua tanya apa tips beliau, dia memang tak segan silu la nak bagitau kat gua. bagus bagus, sifat orang melayu camni yang kita mahukan. yeaahh, malaysia boleh! tapi sebelum dia bagitahu lagi gua dah dapat bau dah rahsia dia, gua kan hebat. yes, betul lah telahan dan melahan gua, beliau tak makan nasi. gua dah agak, gua dah agak. *muka hebat

aku respect la kat awek tu, bukan respek sebab dia dah kurus tau. tapi aku respek sebab beliau sangat gigih dan berusaha. memang nekad sangat la tu, tak macam aku. aku hangat-hangat katy perry, ehh tak tak hangat-hangat taik chicken. tetiba teringat kat kfc, haa tengok tengok aku dah cakap dah. macam mana la nak kurus kalau camni perangai aku, dem betul. pastu awek ni memang tabah la gua cakapkan. bayangkanlah ramai kot selalu ejek-ejek dia, cakap macam mak orang la pe la. ciss, jahat betul mulut manusia ni kan. tak cukup cili dan pedas lagi ke masakan orang melayu ni. antara sebab-sebab camni lah yang menyebabkan awek ni tekad nak dera diri tak makan nasi. ehh bukan dera diri, tahan diri la dol. baik la lah!


ini tak betul!

ok cakap pasal tak makan nasi ni kan, fine la aku tahu ramai tak setuju cara diet ni. konon kata nanti tak elok la, badan tak seimbang la, nanti mati la dan macam-macam lagi. tapi entahlah aku tak nampak pun salah tak makan nasi tu. memang la sebab aku pun wat camtu kan, kan? wrong la kalau korang pikir camtu. tu la kalau sebut je tak makan nasi, terus kita pikir mesti mati la pe la. itulah orang melayu dan terus layu. kawan aku tu tak makan nasi sejak dari kecik lagi, tak mati-mati pun. gemuk lagi ada la, hahaha! bukan kita tak makan langsung, makan tetap makan. cuma yela menu jela bertukarkan. so why not tak boleh? pastu korang kena la jugak senam-senam sikit kan. kalau tak susah juga lemak tepu tu nak hilangkan. kira barula badan kurus dan fit, macam angelina jolie ke megan fox ke. mantap seyh!!

tapi yela apa-apa hal pun, paling penting sebenarnya semangat dan nekad kita tu. kalau tak tak jadi apa lah kan. sekadar di pinggiran kubur jela impian korang tu kan. tapi tapi gua nak kurus pun, gua bukan nak kurus sangat. lek der, lek lek! gua nak takat-takat normal je. tapi pecaya tak, gua sebenarnya dah lama tak timbang berat badan. serius! paling last kalau tak silap aku la kan, tingkatan-tingkatan kot. itu pun sebab sekolah nak kalau tak memang tak la! so sampai sekarang la aku tak tahu berat aku bape, kesian aek? HAHAHA! tapi aku ingat aku nak check balik la, baru aku boleh target berapa banyak aku nak achieved untuk aku nak turun. cehh, wawasan giler budak sorang ni. -____-


pinggang aku dua kali ganda besar dari ni -___-'


korang jangan la ingat nak kurus sebab nak cantik je, salah tu. kadang-kadang keselesaan pun mempengaruhi. yela bayangkan kalau korang pergi mana-mana mall, kira nak shopping sakan lah. nak lagi meriah pergi dengan geng-geng bas sekolah. nak shopping der, gua cakap kat lu la. memang memerlukan tenaga yang kuat. kalau korang ni badan macam aku, penat seyh kadang-kadang nak bawak badan. rasa macam nak tinggal jap kat mana-mana, pastu balik shopping ambil. best nya kalau boleh macam tu, HAHAHA! so bila badan korang kurus, tak la penat sangat nak jalan-jalan, nak shopping. yang paling penting kesihatan der. sekarang macam-macam penyakit ada. kadang-kadang kita tak pernah tahu pun pasal penyakit tu tetiba ada je. maka marilah sama-sama kita berkempen dengan makan makanan yang berkhasiat dan menjalani kehidupan yang lebih sihat. waahh, ayat aku boleh copy paste masuk esaimen der! HAHAHA.

jap jap, bukan main panjang aku jebang kat korang, aku ni bila nya nak start kurus? entah la! HAHAHAHA. jom lempang saya T_____T moga misi kali ini akan berhasil, yeeaahh! tapi aku kalau kurus pun macam tak best, aku tak tinggi. wuu wuu, nak nanges laju-laju la kat tepi katil. sedihnya T____T

p/s : aku tak siap lagi esaimen yang nak kena hantar esok, dem! bubye

Monday, February 7, 2011

sudah tua :)

assalamualaikum,


4 Februari 1988
hari jadi en.pakwe
happy bezday yayang :)

semoga yang di hajati tercapai
cari duit banyak-banyak ok, nanti cepat kawen
HAHAHAHA!

p/s : doakan saya dan en.pakwe :)


kebanjiran blog di malaysia


assalamualaikum

kabare sume??
waras??

kerek tak muka gua? kerek an, choiii!

sangat rindu pada ini blog, tapi mesti banyak anasir-anasir jelez yang tak bagi aku hapdate. termasuk la pak nasir dan m.nasir. tak baik kan diorang, nak kena babap ni, aipp aipp ! ahh, kau nak pelat-pelat plak, lempang nak?

aku tengok sekarang ni la kan makin ramai makhluk dari pelbagai planet yang buat blog, baguih betul zaman laa ni kan. masing-masing tak nak ketinggalan bas mahupun ktm. yela kang kalau tak buat nanti orang cakap "u ni so village la, tak update la'', iye dok? tak pun mungkin orang akan cakap "wey kau takde blog ke dowh? buang negeri la lu". ada blog kan best, boleh kutuk-kutuk orang, tak pun cerita-cerita pasal pakwe korang kat dalam blog sendiri * cehh, ni dah kes perli diri sendiri ni. nehi-nehi! kan-kan??

kalau nak lagi best satu geng buat blog, haa tak dan la nak gaduh-gaduh kan. setiap sorang satu. nanti dalam tu boleh la perli-perli kawan sendiri kot-kot la ada yang terpendam ke. nanti boleh la tulis "kawan i tu dahla gedik, tak tahu malu plak tu. ishh sedar la diri sikit, tak kuasa i nyah!", kan kan?? pastu dah buat blog sibuk la suruh orang follow-follow, siap tulis "i follow u, u follow me back ok ". aku dulu je camtu sekarang dah dapat kesedaran. HAHAHA!

ish ish, macam-macam betul la. kalau dulu blog ni lebih femes kat perempuan sekarang lelaki pun dah ramai. best best pulak tu kan, baguih baguih. yeaahh, majulah sukan untuk negara! aku kalau blog lelaki memang feberet aku blog masuk air ni la. pastu de gak blog bapak ayam ni, lagi satu blog otomen ni. memang mantop la! kalau yang sejantina dengan aku banyak la kan, yang femes-femes je gua layan. pe barang yang village-village ni. takde class, ahh lempang! banyak sangat woo, penat pulak aku nak taip nanti. masing-masing ada cerita dan konsep tersendiri. aiss dah macam nak decorate rumah la plak pakai konsep-konsep ni. konsep aku ala-ala jawa, kau ada??

ada blog ni banyak benefit and kekurangannya jugak, so pandai-pandai la makhluk tersebut menggunakannya. tapi bagi aku blog ni tak lebih dari sebagai teman kesuyian dan kesuntian, yela kalau rasa nak buang masa tu boleh la nak berblogging-blogging ni. kalau dapat kesedaran esaimen berlambak kat tepi meja tu baru la kau nak buat kan, pastu blog kau dah malas nak hapdate. itu aku itu aku, jangan konfius ni tajuk lagu baru. HAHAHA!


pak cik ni ada style, gua suka der! HAHAHA

p/s : bukan setakat jb je banjir, blog pun boleh banjir jugak apa ;)

Wednesday, January 19, 2011

duit PTPTN saya ada RM 10,000


assalamualaikum
lama rasanya dah tak update blog
banyak halangan
sungguh saya tak menipu
dengan emosi yang tidak stabil
ya, sangat tidak stabil
ini semua gara-gara



PTPTN


apakah itu??
pusat tolong pelajar tensionkan fikiran???
bukan, bukan
pusat suka tipu duit pelajar???
bukan, bukan


ahh, lantaklah. kau nak tau search kat google sendiri. aku tengok sampai sekarang still heboh lagi pasal isu ni. sampai naik bosan dah, malas nak layan sebenarnya. sebab tak kan ada penyelesaian turun dari langit melainkan ada yang berusaha. kan?? tapi senyap je. kesian la budak-budak upsi ni, aku tak. aku budak proton, tiba-tiba! HAHAHA.

tapi aku malas la nak cakap lagi kan, sebab benda yang sama. BORING ~~ so, sabar jela kan. bulan depan kayo la korang. beli la barang sepuas-puasnya. macam aku siap dah buat list lagi, wahh gitu. mcam-macam benda aku nak buat dengan dui PTPTN tu dan semestinya benda-benda yang tak berfaedah. HAHAHAHA!! kau memang tak pernah nak tobat-tobat kan intan!!

setiap kali jumpa en.pakwe, mesti ada je cerita nak beli itu la, nak beli ini la. macam-macam la senang cerita. ingatkan nak bagi sokongan yang padukan, yela dapat makwe yang suka berangan macam aku ni memang kena buat gitu. udohnya perlian yang aku dapat. "AMBOI, NAK BELI MACAM-MACAM, DUIT PT MACAM 10 RIBU JE " . dahla, nak nangis laju-laju la kat penjuru katil. comel kan ?? (-____-')


nah, amek la 10 ribu ni, i bagi free. kan best kalau en.pakwe offer camni. LALALALA!!


belum lagi aku dapat duit PT, aku dah terbeli perfume. TER ye kawan-kawan. bukan salah saya, salah perfume yang sedap itu dan kakak yang baik itu. sangat best okey, sungguh saya tak tipu. murah pun murah, wangi pun wangi. apa lagi, aku angkut. jenama salvatore ferragamo, ianya adalah original. baunya sangat lembut dan sedap ya, rasa nak makan. nasib baik duit PT tak masuk lagi, kalau tak aku borong semua sekali. OH, YEAHH~~


sangat heaven perfume ini ya, sangat seksi juga. like banyak-banyak :D


lepas tu, tiba-tiba dapat seru dari mata ke hati. apakah itu?? oh, saya tak nak kahwin lagi. bukan yang itu. aku tiba-tiba jatuh cinta dekat MUHAMAD NOOR SALAM plak, ehh bukan-bukan. yang itu sudah semestinya. jatuh cinta nak pakai contact lens, bukan kanta kenalan ya kawan-kawan. yela, mata aku bukannya oversea sangat kan. jap, jawa oversea juga kan? okey, mata aku obersea ya, bukan oversea. perasan ! bila pakai contact lens boleh la berlagak sambil catwalk kat mana-mana. bajet sikit la macam katy perry ke, megan fox ke kan. ah, lempang kau laju-laju. kau nak pakai tapi takut, apa cerita ?? the end!


muka saya lepas plastic surgery, cantik kan? T___T


lepas tu, mahu beli barang kecantikan pula, yela banyak dah perhiasan kat muka ni. macam adik-beradik bulan dah ni. tension je tengok muka sendiri, rasa nak koyak pastu berharap keluar muka angelina jolie. boleh ke? cepat la duit masuk sebelum banyak lagi khazanah kat muka ni bercucuk tanam. ingat muka aku taman bunga-bunga cinta ke ??


muka saya juga seksi, yaooo!! pelik? baik. -____-


lagi-lagi, nak masukkan microsoft office kat laptOp aku, kalau tak macam mana aku nak buat assignmentkan? pelik tak laptop aku, sangat pelik okey. walaupun hanya RM 5 untuk di install kan, namun masih tidak mampu. kesian kan? baik, masukkan la saya dalam rancangan bersamamu.

yang selebih-lebihnya mestilah untuk di shoppingkan, ohh yeahh!! i like. tapi tapi duit assignment aku?? waargghhh, 10 ribu please!! duit PT aku tak cukup. sedih lah hidup macam ni. yela, lempang diri sendiri. bersyukur la intan! baik, baik.


dahlah nak sambung berangan sorang-sorang balik
jangan kacau okey
nak ikut?? , jom-jom :D


p/s : dunia ini tak seindah seperti yang di sangka :)

Tuesday, January 11, 2011

facebook sana, facebook sini.


assalamualaikum

mencik
mencik
mencik


i tak suka tau uolsss, bukan tak suka uollss. tapi mak tak suka la kontreversi-kontreversi ni nyah. mak rimas, tahu rimas? pening tahu tak? ecehh, poyo plak nenek sorang ni kan. aku bukan apa la, kadang-kadang benda simple as abc je tapi kita buat sampai jadi xyz. faham? tak faham, silakan lah ketuk kepala anda di dinding, kalau mahu lebih lazat cuba la terjun bangunan 9 tingkat. dah buat sila bagitahu saya ye, HAHAHA!!

korang mesti kecoh-kecoh macam mak nenek kan bila tahu pasal facebook nak close bagai, aku tahu mak nenek pun tak camtu. diorang relax je goyang kaki kat rumah, korang je poyo lebih ni. aku pun mula-mula tak tahu cerita ni, tapi ada la dua tiga hari ni aku baca status sorang budak ni, tapi ak tak percaya. gua bukan apa der, gua tak layan cerita-cerita dongeng ni. gua layan cerita blue je, aehh tak tak cerita blue ocean tu haaa. ada ke?? -____-'



bleeewwkk, aku tak heran!!

lepas tu ada plak post pasal konon nya tu tipu je, kan sudah ku bilang. aku pun tunjuk la konon macam caring kan. nanti orang cakap aku tak up to date plak pasal benda-benda ni, kan? tak nak la nampak terkejut sangat kalau dengar orang lain cakap pasal benda ni, kan ? perempuan cenggini la, cenggini la. busy of the body betul, aishh!!



ni la bukti konon-konon si MARK tu cakap FB is still working

* sila double klik untuk menggajahkan gambar



daku ingat kan dah takde la spekulasi-spekulasi murahan cap ayam ni, rupa-rupanya adooo lagi. aiishh!! siap post lagi kat wall aku, tapi aku tak salahkan diorang pun. yela, takut plak kena deactived plak kan. daku faham, daku faham. kawan aku tu, tapi aku plak malas nak layan. tiba-tiba datang pula sorang mamat ni kat chat. cakap pasal benda tu plak, tapi versi melayu punya, hadoyai! tk cukup activ lagi ke hambo ni, friend pun banyak apa? tak pahe, tak pahe.uhuk! tak faham, tak faham. mungkin taktik ngorat baru ke? mana tahu kan? fitnah ae kau intan -___-



see ?

* nak gambar gajah cap duduk, double klik please :D


tiba-tiba aku teringat puak zaman-zaman myspace dulu, cenggini jugak yang jadi. tapi dulu kan zaman sedikit ke ngek ngok, so aku ikut je. HAHAHA!! sekarang aku tak nak layan dah, MALAS! berani la nak nyah aku dari facebook tu, aku nyah si Mark tu dulu. ecehh, agak-agak Mark tu buka tak blog aku?? takut pulak kena saman. orang kaya zaman kini tu, kang saman dia tu tak larat pulak aku nak bayar -____-



jom buat muka comel ramai-ramai, i nak yg gadis, gay dan nyah sahaja okey!

MARK, JANGAN LA BUAT I MACAM NI
NANTI MACAM MANA I NAK GEDIK-GEDIK KAT FB
JANGAN CLOSE-CLOSE YE
NANTI I ROGOL U
NAK ??


k, bye. HAHAHAHA!!

p/s : pada yang berkaitan, jgn mara ye. sebagai bukti je. takde kaitan lain :)

Monday, January 10, 2011

pendek, tahniah!!

assalamualaikum




AKU BENCI DIA




k, bye.

Saturday, January 8, 2011

cerita lama tapi konon-konon baru lagi -_____-'

assalamualaikum lagi dan lagi


entry sebelum ni aku ada cite pasal result adek aku kan?
so cuti ari tu abah daku celebrate
makan-makan :)
i mmg suka bab makan-makan ni nyah
sape tak suka, meh aku lempang! HAHAHA


nak taw?

meh terjah ini blog
aku malas nak taip panjang-panjang.
-_________-


p/s : bila nak on diet balik ae? rasa gemuk lagi T_______T

pakai selendang menjengkelkan?what the fish!


assalamualaikum lagi sekali :)
hai uolssss!!!


cikgu arini nak ajar perkataan baru
sebut sama-sama dengan cikgu ye

S.E.L.E.N.D.A.N.G

oke bagus
kaw pegi main jauh-jauh *tiba-tiba

pe pendapat uolss pasal selendang ni?
aku taw ramai yg suka dan ramai jugak la yg tak berkenan
kan???
tadi aku pergi terjah-terjah blog orang, omputeh ckp blogwalking org melayu ckp blog berjalan
kaw igt org je berjalan, blog pun nak jalan-jalan jgk.
mungkin kat jalan tar ke, jalan masjid jamek ke?
-________-

oke-oke, back to topic la kan. aku baca la satu blog LAZER ni kan, konon la kan. eceh, ayat tak boleh blah. aku bukan la spesies-spesies nak hentam blog-blog org ni. mak tak suka nyah, tapi mak terpaksa bersuara. mak pun de pendirian mak sendiri nyah. cewah gitu, KAH KAH KAH!
so tajuk yg panas dan bikin panas tu semuanya ada kaitan dengan selendang. aku pun tak paham la, slendang pun boleh jd topik hangat masa kini. aku igt pompuan je concern pasai selendang bagai-bagai ni. ada jugak gay yg sesat pasai bnd ni. opss, sori der! :D so kalau korang nak taw lebih lanjut la kan, hg pi la singgah blog tersebut. mak malas nak cite lebih-lebih nyah.

kisah plak aku kan?cettt~~

so pendapat aku la kan, tak salah nak pakai selendang, sape kata salah? kalau ada hg pi terjun bangunan la. kalau aku ni spesies minah gedik, dah lama aku cakap " so kampung oke! " kalau la kan. napa nak slh kan warna plak? bia la, lantak pi la. kalau saket mata sgt, hg pi pkai spek mata itam la. sebuk dok kalut pasai paa??tak pham sgguh! oke la, de la bnd yg aku setuju pe yg dia ckp kan. tak tutup aurat la, pakai baju ketat la, sekadar nak berfesyen la. betul, betul. aku pun skola agama dulu, so hukum-hakam ni aku taw la kan, walaupun tak seterer mana. tapi manusia kan tak terlepas dari membuat silap, memang perlu diperbaiki tapi take time. take time smpai bila? sampai mampus? lek lu, jgn mara-mara tapi susa kan nak berubah dgn drastik? kan kan? same with me too.

tapi nape selendang dipersalahkan, sungguh i tak faham nyah! kalau pakai tudung bawal pun boleh jd what? selempang bagai, haaaa! tu tak menjengkelkan plak? sama je bhai sebenarnya. okey la kan, sekurang-kurangnya tutup la jgk. sekurang-kurangnya fesyen-fesyen camni mampu nak tarik girl yg free hair utk pakai tudung. kan bagus ? tapi gua memang tak setuju la kan lu ckp pasai lengging-lengging bagai kan. ckp nak pakai tapi jgn kengkang? what the hack bro? for those yg free hair, aku tak kesah sgt la kan. lantak korang la kan. cuma aku tak bape nak berkenan la yg bertudung dan berselendang ni, aisshhh!! SEKSA aku tgk. lagi-lagi yg jarang dan suka pakai t-shirt pendek-pendek ni, yg ni tak kisah la kan. yg bertutup kepala ke, yg berambut ke. SEKSA wey aku tgk, laki aku pun kutuk-kutuk korang ni, aisshh MALU sikit la. cukup la tu, HAHAHA!!

ana rafali? memang bagus sebab sopan. sape tak sejuk tengok perempuan pakai baju kurung kan. nampak ayu je. tapi jgn la smpai ckp beliau lg bagus dr yg bertudung. rasanya takde si ana ni pakai baju kurung 24 hour. aku perempuan, aku faham. mesti kalau nak hang out nak pakai yg selesa dan sesuai. mesti beliau layan seluar dan t-shirt jgk, ntah-ntah lagi HOT, kaw je yg tak tahu nyah! KAH KAH KAH.

pe pun fesyen sekarang, janji pakai dari tak pakai kan? for those yg free hair, take ur time. mungkin hidayah akan sampai satu hari nnt :) kadang-kadang yg free hair ni lg baik dr yg bertudung. kan kan? aku pun tak perfect and baik sgt nak cakap lebih-lebih. masing-masing ada kesilapan masing-masing. dosa masing-masing. walau pepun yg berlaku, pada-NYA juga yg perlu kita bersujud :D


p/s : peace no war, kurangkan kontreversi tingkatkan prestasi. :D

entry pertama di tahun 2011 :)


assalamualaikum :D
ini entry pertama utk tahun 2011
dah masuk tahun baru
tapi hari ni bukan 1 ari bulan ye, takut nt de plak yg pegi dataran sambut sorang-sorang
pe kejadah?? -____-
rasa nya still tak terlambat kan nak wish kan? heeee :D



SELAMAT TAHUN BARU
= azam aku tiap2 tahun sama je, xde yg menarik. nak taw? jap aku pikir jap....
oke fine, aku memang takde azam. azam aku tak ikut tahun tapi ikut tuan. tu sampai skg cmni jgk aku -_____-

SELAMAT UMUR MAKIN MENINGKAT
= aku sorang je makin muda, awet muda la katakan.HAHAHAHA!!!

SELAMAT CEPAT KAHWIN
= umur dah meningkat, maka semakin dekat la umur nak kawen. tapi boleh je kalau korang taknak ikut mcm aku ni, dah gatal sgt kan nak kawen. ok je tu * perli perli, benci i nyah!

SELAMAT DUIT SEBAB DAH TAKDE MUSIM KENDURI KAHWIN
( -______-'')
= lega dah bapak ngn mak aku, KEH KEH KEH!!


dah lama aku tak update blog smpai de la peminat kipas susah nak mati aku bertanye, kenapa dah lama tak update blog. jawapan aku senang je, kipas tak on lagi. oke kan jawapan i uolllss?
aku bukan pe cuma malas je nak update, bak kata omputih "mood not come-come". so takleh nak watpe la kan.tapi serius la, sem ni kehidupan student aku lebih bermakna. cewahh, ayat macam nak wat iklan. sem ni bukan main pack lagi jadual aku, memang MANTAP la kan. sem sebelum ni rasa macam sekadar di pinggiran je, boleh ke macam tu ?? boleh aje~~ so memang tak sempat la nak update2 ni kan. dah malas aku nak cite pnjg-pnjg, bukan korang nak baca pun kan. -____-



p/s : malam ni nak update berbakul-bakul, horayyyy!!! :)