KiSah lOvEly iNtAn

lovely la sgt ( = _ = ")


Thursday, November 10, 2011

Lelaki alololo cweetnyee dengan kucing


assalamualaikum

kebiasaannya kucing ni sinomin dengan perempuan, kalau perempuan kucing kalau kucing perempuan. aku je yang tak, aku perempuan, bukan tak suka kucing tapi scary je. banyak sangat sejarah silam, trauma aku, haha!



tapi kalau lelaki dengan kucing? ramai juga tapi tak banyak yang tunjuk. means macam perempuan yang suka kucing, mesti tunjuk. kucing tepi jalan pun kau sapu, maksud aku belai. tapi lelaki jarang yang macam tu. tapi kalau kau nampak mesti kau rasa...




semua perempuan akan rasa macam tu, betul tak? muka hamid pun boleh jadi macam adi putra, ecehhh musim cerita Tentang Dhia kan? hehe. padahal lelaki tu ntah-ntah nak cek kutu babi kucing tu ke, kau tahu? perempuan ni suka emosi lebih, tetiba aku emo. haha! lelaki ni kalau suka kucing, orang kata penyayang. betul statement tu aku rasa. tapi ada je yang suka kucing tapi baran. mana tak nya suka kucing suka juga tapi lagi suka dera kucing.


muka kucing camni, sanggup kau dera? comel sgt!


lagi 1, kau nampak je lelaki dengan kucing mesti macam ada ais batu abc dekat hati kau lepas tu terus jadi cair. anyonyonyo, alololo, alalala semua perkataan nyomey kau nak sebut kan?

so gentleman, kau kalau nak ngorat ladies senang je. kau ambil jela mana-mana kucing kat tepi jalan, belai la mereka macam kau nak belai megan fox. confem aweks pandang kau. tapi awas la, kalau awek tu scary kucing alamat jeling mata pun dia tak nak dekat kau. aku lain, aku ok. hehe



sekian.....

lelaki vs perempuan



assalamualaikum

pemikiran lelaki dan perempuan sememangnya berbeza. dalaman berbeza, luaran lagi la berbeza. bukan pemikiran je, benda lain pun ada juga. emosi kau, stail kau, citarasa kau, semuanya berbeza. kalau yang sama tu, untunglaaaaa....

kita selalu dengar.....


tak pun


kan ?

biasa sangat dah tu, so aku rasa men and women is actually born to be a different. means, sifat and so on la kan. yela kalau sama susah pulak nanti, kang udah kau berebut dengan laki kau nak baju sama, kasut sama, semua nak sama. tak ke haruuuu...

even perempuan sesama kaum pun ada sifat dan perangai yang berbeza, betul tak? betul lah orang cakap, hidup saling lengkap melengkapi. kena la ada pro and contra dia kan. macam lelaki, biasa la perangai depa ni. ego tinggi melangit macam klcc, suka berlagak macho macam masuk iklan, jujur melampau *straight forward. perempuan tak kurang juga, emosi memanjang. sensitif, suka jaga hati orang *cakap berlapik. tapi ada je lelaki dan perempuan yang perangainya terbalik, tu lain cerita la kan, aku malas nak cerita, the end.

aku kalau boleh memang nak masukkan fakta-fakta sains, neurologi dengan cell bagai tu. tapi malangnya aku bukan la budak sains kan, aku kena ajar budak reti la, hehe! yang tu kau tanya sendiri la kat en.google, aku malas.

sebenarnya aku nak cakap, kadang-kadang aku tak faham perangai pakwe aku. tu jeeee, haha XD

Wednesday, November 9, 2011

playboy muka tembok enam



assalamualaikum

akhirnya terbuka hati nak upedate blog kembali,
macam ayat budak baik, bagus. aku makin matured leetteewww
dah lama tinggal kan blog, baca blog apetah lagi.
bila cuti panjang yang bosan ni la masa paling sesuai nak baca blog balik
rasa macam loser pulak, entry puasa aku baru nak baca.
kesian.


tengah blogwalking ni, mula tertarik nak selongkar pasal minah ni
dulu kawan aku masa sekolah tapi takla rapat sangat pun
aku check it out la blog dia an an, konon nak taw pasal life dia la kan
rasa macam melodi pun ada aku ni, sebuk nak taw pasal orang lain
so, ada 1 entry ni aku tertarik betul
pasal bf dia komen dekat facebook dengan ex lame, nama pun ex mmg la lama kan


so aku macam terfikir la,
bf dia bukannya encem anyonyo + alololo pun, muka jambu korea tu lagi jauh la gamaknya
tapi punya la playboy dengan perasaan tak sedar diri
fffuuuhhhh, sighh!
tapi stail sekarang memang camtu pun,
muka macam dr.rozmey pun kau boleh jadi playboy dengan jayanya
majalah playboy je kau tak boleh jadi lagi, hik hik bajet comel




apesal aek? kalau muka macam aaron aziz ke, farid kamil ke,
and muka ensem yang lain takpela juga
kira logik la juga kalau muka ni jadi playboy
tak la orang pandang kau sebelah mata dengan perasaan belah terbagi-bagi
kesian awek kau dapat kau kan, aku? minta simpang la
tapi laki, kau apa tahu? perangai semua orang boleh berubah-ubah
ye dak? dak?


nah, amek kau. hahaha


semoga lebih ramai lelaki yang sedar diri menjadi lebih lelaki dan berwawasan
tak la makin pelik-pelik, sekian
peace yawww :)

Monday, November 7, 2011

post selepas 6 hingga 7 bulan blog bersawang!



assalamualaikum

kehidupan aku terlampau malas
sebab tu aku malas nak update blog
bukan idea takde, padahal banyak gilosss
tapi M.A.L.A.S




ni pun saja nak post
sebab nak cakap aku malas
naissss kan? ni nice taw bukan nama org =_='
ok bai


aku cun, aku taw!
ehh bukan, korang cun, korang coolll
pe kaitan ntah =__='


Thursday, April 28, 2011

kisah seorang isteri

assalamualaikum
yaw, wassup bro


aku dah habes exam, yeaaa loncat la sikit!
sekarang aku macam malas sikit nak update blog
ops, bukan macam, tapi memang -___-'
sedih kan?
jeles tengok org update laju-laju mcm drivethru *pe kaitan pun aku tak tau


sekarang aku dah start cuti sem
serius aku tak suka cuti sem der, nt aku terseksa~~
puyusss...
jauh dgn marka, sapa suka haa? aku memang gedik
nasib baik cuti sebulan, lek luuu~~
bukan apa, aku kalau duduk rumah mcm takde life der,
eceh, aku syg family aku, rilex rilex
cuma, yela tak bolah la aku nak joli joli


cuti sem, aku kerja la mcm biasa
tapi kali ni lagi mantap
kerja guru ganti/guru sandaran, sapa mau bagi???
ok la kan, untuk bekalan hidup
simpan bank sebulan check balik dah lesap~~
pe pun tak boleh kau ni intan T___T
panggil la aku cikgu intan and teacher intan
pergh, gua ajar BI bai. serius tak menahan
pe aku nak ajar, please tell me tell me
jgn kasi aku malu dah la kan, ekau sajo nak kona kan den!
aku ajar PJK dgn SIVIK jugek, kurus la kau intan.


so, balik rumah takdelah dapat internet yg heaven mcm kat kolej
internet rumah aku pun pinjam line jiran aku, HAHAHA!
sem depan masa depan aku pun tak terjamin, sem dpn aku duduk rumah sewa
sedih tak sedih aku menahan la kan, errhhh~
confem aku pandang laptop dgn pandangan bersahaja je kan.
ntah ada internet ke tak, sob sob sup sup ayam pun boleh


kesimpulannya daripada jalan cerita di atas?
senang je
jangan harap dan aku tau memang takde sapa harap la
aku akan update raban-raban laju-laju
serius, aku update ikut mood dan kerajinan
yela, lagipun sekarang mcm takde cite best nak bagitau
tak kan aku nak tulis " hari ni aku pi toilet, aku nampak lipas, aku menjerit-jerit"
watdepukk la kan!
tunggu la aku dah kerja ke kahwin ke dah ada anak ke
best sikit nak cite apape kan
cerita malam pertama ke, malam kedua ke, ke tiga ke, HAHAHA


ye, tajuk dengan entri tiada kaitan.
saya tahu, maaf

K BYE! hahaha :D

p/s : aku tak tahu sem depan aku macam mana, aishh -___-'


Saturday, April 9, 2011

hantu kak limah dan kameranya


assalamualaikum
di malam yang hening, kedengaran kucing sahut menyahut
angin sepoi-sepoi language
ahh, dah apa aku merepek pagi-pagi buta ni??!!

orang kampung sekalian, petang tadi aku tengok hantu kak limah back home
ye, kau tak payah susah susah nak kutuk aku
memang aku baru tengok, tak payah nak hanjing-hanjing aku
handbag boleh, ehh tetiba -__-'

hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni
( oh sila baca tanpa henti, power tak korang? ^~ )
ok-ok dah cukup la tu
hari ni aku nak cite pasal pompuan, ye pompuan bukan pondan
gadis ke, kawin ke, janda ke, lantak! janji kau pompuan la

hai uolss, nama i markona. i wanita sejati taw -__-'

korang penah dengar tak pasal camwhore camwhore ni? ala yang pompuan sebuk duk menyengih kat depan lappy la, henset la. agaknya kalau tv tu ada kamera pun dia duk tibai sekali. dah la kadang-kadang tu senyum sorang-sorang, gila apa! ish ish, dunia akhir zaman makin ramai gila. eh ke bukan? kalau tak camne tu, cecite cecite. takda la, sesuka hati ayeem ayam ja kau duk fitnah. eh eh, ayeem blogger tu tak suka fitnah, dia suka romen ja! HAHAHA

kadang-kadang aku duk baca-baca blog orang lain terutamanya lelaki la, sebuk duk mengutuk pompuan yang suka bercamwhore ni. aku geli hati juga kadang-kadang tengok orang bercamwhore ni. yela, macam-macam mimik muka ada. ada yang tumbuh tanduk la, jadi halimah jongang la, jadi b*b* la, dasat dasat. tapi yelakan, aku sebagai pembangun wanita sejagat dengan ini merasmikan eh eh bukan, salah majlis ni. ok ok, ehem ehem. aku sebagai wanita sejati mestilah faham kan, pe salahnya pun. takde pun hukum cakap tangkap gambar ni dosa cuma manusia je yg suka buat gambar tu jadi dosa. oh yeah, oh yeah, perli diri sendiri T__T. faham tak faham bahasa sanskirit aku ni, ye aku saja je eja macam tu, jangan nak kata aku kena masuk tadika balik. chill dude, chill chill. -__-'

korang kena faham, pompuan ni suka mengisi waktu lapang. yela, sambil sambil tunggu pakwe ke kawan ke. amek la gambar dulu, boleh buat kenang-kenangan. nanti dah tua boleh cite kat cucu " cu, cetengok gambar nek ni, cantek kan? ni time nenek pergi toilet KLCC, canggih kan? ". haa, tu semua perlu tu. kang time korang dah nyanyuk tua bangka, jalan pun terkedek terkedek, sume benda dah makin canggih manggih. so gambar itulah yang menjadi kenangan, so function tak function camwhore ni? kan ada kelass gitu! pastu kau takde la duk tension menunggu pakwe or kawan kau ni kan, kurang sikit dosa menyumpah tu. boleh perasan cun dulu sebelum jalan-jalan, yeahh aku pompuan faham sangat la.

" cu, ni gambar nenek dekat tandas cinema mid valley. cantek kan muka nenek?
" a'ah nek, cantek toilet ni. eh eh, cantek nenek " T__T


lagi satu kalau kat dalam bilik kuliah, pehh dapat pulekk lecture yang cakap memang serupa macam radio klasik punya. memang kasi lentok la kepala ni minta sorongkan bantal, mata pun dah menari-menari. eh eh, mata menari-nari?? bukan bukan, huruf menari-nari. so nak hilangkan mengantuk, baik duk syiok sendiri tangkap gambar. time ni mula la, mata kau nak tersembul la, bibir kau angelina jolie curi la, hidung kau naik naik la, mata kau terangkat macam ziana zain la. kan ke sihat kegiatan tu, boleh cergas kan anggota muka. pastu nanti agak kawan sebelah join sekali, dah tangkap tengok balik dah mula puji diri sendiri. nak kasi cover sikit, puji kawan dulu, nanti kawan kau puji balik. sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri, ye dok?? HAHAHA! kata pompuan, adatla.........

contoh gambar dalam bilik kuliah, ye aku pun pompuan jugakkk T__T

dah, korang tak payah nak kutuk-kutuk lagi, biar la. seronok apa tengok orang hepi tangkap gambar. kang diorang nak bunuh diri kat KB Mall, korang bising, kata takda iman la, takda otak la, lembu la, kereta waja la. ye, kereta waja pun boleh juga! sebenarnya ni la salah satu cara kita melepaskan stress dan kentut , kau tangkap gambar, puji diri sendiri, perasan sampai senyum nampak gigi, jadi bahagia. kan?

ni muka terlebih bahagia T__T


p/s : motif tajuk dan isi tiada kaitan, ok sudah -___-'

Thursday, April 7, 2011

blog suci dalam debu dan sawangan!


assalamualaikum
yaw ma man, wassup dude??
check it out, check it out!!


usop : asal teman ghase gelap je tempat ni yob? bersawang haa teman nengoknye!
spiderman : hai abg usop, ni la tempat I tinggal. cantek kan? sapa sokong tempat ni cantek, angkat tangan macam saya ~~~~

lawak nya!!! ok fine, memang tak lawak! =__='
lama dah aku tak update blog ni, lama sangat la.
agak-agak kalau blog ni kek, mesti dah berkulat
kalau almari mesti dah ada spiderman duduk kat blog aku ni.
yeahh, boleh juga. boleh kawin dengan TOBEY MAGUIRE


eh eh, bukan yang ni la! tegap sgt, aku tak layak T__T


eh eh, sapa plak upload gamba ni? sensored doe! =__='


oke, yg ni baru layak untuk aku, HAHAHA :D


korang tak nak tahu ke sebab aku habuk kan blog aku ni?
lantak la kau taknak tahu pun, aku bagitahu jugekkk! aku memang berlagakkk sikit
biasalah, aku kan VIP, selalu buzy ke sana-ke sini
ecehh, jawapan standard yob, ate kome cakap jela kome ni pemalas bebeno nak update blog
baiklah T___T

banyak idea aku nak letak kat blog, tapi malas nak taip
ada sesapa sanggup jadi kuli tak bergaji aku?
bukan susah, taip je apa yg aku cakap


p/s : teman bukan oghang perok yob, teman oghang selangor :D