KiSah lOvEly iNtAn

lovely la sgt ( = _ = ")


Friday, February 11, 2011

megan fox minat aku!


assalamualaikum


tiba-tiba gua rasa nak kurus, gua tension tengok orang kurus. ciss, dem sungguh!tertekan ni, rasa macam nak tekan-tekan orang. ni semua gara-gara gua baca blog-blog wanita kurus.huh!tapi selalu sangat banyak halangan dan palangan.lu orang ingat senang ke nak kurus?oh tidak tidak, perlukan semangat yang gitu. bak kata pepatah 'gaya, mutu keunggulan', korang tak penah dengar takpe sebab aku tak kisah. HAHAHA!

dulu aku penah juga lancarkan misi kurus aku ini, maybe berjaya sikit la. omputeh spekang maybe in 3 or 5 percent only, ok la tu kan dari takde langsung. yela, kalau ada orang tegur tu berjaya la. tapi banyak mana la sangat kan. aku tengok pun sama je, takde perubahan dan penukaran. nehi nehi, bonci bonci!

teknik gambar nampak kurus
vs
tangkap gambar macam mana pun masih kurus

aku ada jugak tengok ramai yang kurus mendadak, serius gua tak tipu. dulu kat skola gua tengok awek tu gemuk wey, tapi sekarang perghh bergetah. gua tarak tipu der, fishkek betul. gua jelez ni, jelez! bila gua tanya apa tips beliau, dia memang tak segan silu la nak bagitau kat gua. bagus bagus, sifat orang melayu camni yang kita mahukan. yeaahh, malaysia boleh! tapi sebelum dia bagitahu lagi gua dah dapat bau dah rahsia dia, gua kan hebat. yes, betul lah telahan dan melahan gua, beliau tak makan nasi. gua dah agak, gua dah agak. *muka hebat

aku respect la kat awek tu, bukan respek sebab dia dah kurus tau. tapi aku respek sebab beliau sangat gigih dan berusaha. memang nekad sangat la tu, tak macam aku. aku hangat-hangat katy perry, ehh tak tak hangat-hangat taik chicken. tetiba teringat kat kfc, haa tengok tengok aku dah cakap dah. macam mana la nak kurus kalau camni perangai aku, dem betul. pastu awek ni memang tabah la gua cakapkan. bayangkanlah ramai kot selalu ejek-ejek dia, cakap macam mak orang la pe la. ciss, jahat betul mulut manusia ni kan. tak cukup cili dan pedas lagi ke masakan orang melayu ni. antara sebab-sebab camni lah yang menyebabkan awek ni tekad nak dera diri tak makan nasi. ehh bukan dera diri, tahan diri la dol. baik la lah!


ini tak betul!

ok cakap pasal tak makan nasi ni kan, fine la aku tahu ramai tak setuju cara diet ni. konon kata nanti tak elok la, badan tak seimbang la, nanti mati la dan macam-macam lagi. tapi entahlah aku tak nampak pun salah tak makan nasi tu. memang la sebab aku pun wat camtu kan, kan? wrong la kalau korang pikir camtu. tu la kalau sebut je tak makan nasi, terus kita pikir mesti mati la pe la. itulah orang melayu dan terus layu. kawan aku tu tak makan nasi sejak dari kecik lagi, tak mati-mati pun. gemuk lagi ada la, hahaha! bukan kita tak makan langsung, makan tetap makan. cuma yela menu jela bertukarkan. so why not tak boleh? pastu korang kena la jugak senam-senam sikit kan. kalau tak susah juga lemak tepu tu nak hilangkan. kira barula badan kurus dan fit, macam angelina jolie ke megan fox ke. mantap seyh!!

tapi yela apa-apa hal pun, paling penting sebenarnya semangat dan nekad kita tu. kalau tak tak jadi apa lah kan. sekadar di pinggiran kubur jela impian korang tu kan. tapi tapi gua nak kurus pun, gua bukan nak kurus sangat. lek der, lek lek! gua nak takat-takat normal je. tapi pecaya tak, gua sebenarnya dah lama tak timbang berat badan. serius! paling last kalau tak silap aku la kan, tingkatan-tingkatan kot. itu pun sebab sekolah nak kalau tak memang tak la! so sampai sekarang la aku tak tahu berat aku bape, kesian aek? HAHAHA! tapi aku ingat aku nak check balik la, baru aku boleh target berapa banyak aku nak achieved untuk aku nak turun. cehh, wawasan giler budak sorang ni. -____-


pinggang aku dua kali ganda besar dari ni -___-'


korang jangan la ingat nak kurus sebab nak cantik je, salah tu. kadang-kadang keselesaan pun mempengaruhi. yela bayangkan kalau korang pergi mana-mana mall, kira nak shopping sakan lah. nak lagi meriah pergi dengan geng-geng bas sekolah. nak shopping der, gua cakap kat lu la. memang memerlukan tenaga yang kuat. kalau korang ni badan macam aku, penat seyh kadang-kadang nak bawak badan. rasa macam nak tinggal jap kat mana-mana, pastu balik shopping ambil. best nya kalau boleh macam tu, HAHAHA! so bila badan korang kurus, tak la penat sangat nak jalan-jalan, nak shopping. yang paling penting kesihatan der. sekarang macam-macam penyakit ada. kadang-kadang kita tak pernah tahu pun pasal penyakit tu tetiba ada je. maka marilah sama-sama kita berkempen dengan makan makanan yang berkhasiat dan menjalani kehidupan yang lebih sihat. waahh, ayat aku boleh copy paste masuk esaimen der! HAHAHA.

jap jap, bukan main panjang aku jebang kat korang, aku ni bila nya nak start kurus? entah la! HAHAHAHA. jom lempang saya T_____T moga misi kali ini akan berhasil, yeeaahh! tapi aku kalau kurus pun macam tak best, aku tak tinggi. wuu wuu, nak nanges laju-laju la kat tepi katil. sedihnya T____T

p/s : aku tak siap lagi esaimen yang nak kena hantar esok, dem! bubye

4 comments:

  1. nice entry..banyakkan lagi merepek..seronok bace..haha =]

    ReplyDelete
  2. haha..tq btw..otak tengah masuk air ni..hehe :)

    ReplyDelete
  3. hahaha!!yeahh, sukakannya. gandakannya!! :D

    ReplyDelete