KiSah lOvEly iNtAn

lovely la sgt ( = _ = ")


Thursday, April 28, 2011

kisah seorang isteri

assalamualaikum
yaw, wassup bro


aku dah habes exam, yeaaa loncat la sikit!
sekarang aku macam malas sikit nak update blog
ops, bukan macam, tapi memang -___-'
sedih kan?
jeles tengok org update laju-laju mcm drivethru *pe kaitan pun aku tak tau


sekarang aku dah start cuti sem
serius aku tak suka cuti sem der, nt aku terseksa~~
puyusss...
jauh dgn marka, sapa suka haa? aku memang gedik
nasib baik cuti sebulan, lek luuu~~
bukan apa, aku kalau duduk rumah mcm takde life der,
eceh, aku syg family aku, rilex rilex
cuma, yela tak bolah la aku nak joli joli


cuti sem, aku kerja la mcm biasa
tapi kali ni lagi mantap
kerja guru ganti/guru sandaran, sapa mau bagi???
ok la kan, untuk bekalan hidup
simpan bank sebulan check balik dah lesap~~
pe pun tak boleh kau ni intan T___T
panggil la aku cikgu intan and teacher intan
pergh, gua ajar BI bai. serius tak menahan
pe aku nak ajar, please tell me tell me
jgn kasi aku malu dah la kan, ekau sajo nak kona kan den!
aku ajar PJK dgn SIVIK jugek, kurus la kau intan.


so, balik rumah takdelah dapat internet yg heaven mcm kat kolej
internet rumah aku pun pinjam line jiran aku, HAHAHA!
sem depan masa depan aku pun tak terjamin, sem dpn aku duduk rumah sewa
sedih tak sedih aku menahan la kan, errhhh~
confem aku pandang laptop dgn pandangan bersahaja je kan.
ntah ada internet ke tak, sob sob sup sup ayam pun boleh


kesimpulannya daripada jalan cerita di atas?
senang je
jangan harap dan aku tau memang takde sapa harap la
aku akan update raban-raban laju-laju
serius, aku update ikut mood dan kerajinan
yela, lagipun sekarang mcm takde cite best nak bagitau
tak kan aku nak tulis " hari ni aku pi toilet, aku nampak lipas, aku menjerit-jerit"
watdepukk la kan!
tunggu la aku dah kerja ke kahwin ke dah ada anak ke
best sikit nak cite apape kan
cerita malam pertama ke, malam kedua ke, ke tiga ke, HAHAHA


ye, tajuk dengan entri tiada kaitan.
saya tahu, maaf

K BYE! hahaha :D

p/s : aku tak tahu sem depan aku macam mana, aishh -___-'


Saturday, April 9, 2011

hantu kak limah dan kameranya


assalamualaikum
di malam yang hening, kedengaran kucing sahut menyahut
angin sepoi-sepoi language
ahh, dah apa aku merepek pagi-pagi buta ni??!!

orang kampung sekalian, petang tadi aku tengok hantu kak limah back home
ye, kau tak payah susah susah nak kutuk aku
memang aku baru tengok, tak payah nak hanjing-hanjing aku
handbag boleh, ehh tetiba -__-'

hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni
( oh sila baca tanpa henti, power tak korang? ^~ )
ok-ok dah cukup la tu
hari ni aku nak cite pasal pompuan, ye pompuan bukan pondan
gadis ke, kawin ke, janda ke, lantak! janji kau pompuan la

hai uolss, nama i markona. i wanita sejati taw -__-'

korang penah dengar tak pasal camwhore camwhore ni? ala yang pompuan sebuk duk menyengih kat depan lappy la, henset la. agaknya kalau tv tu ada kamera pun dia duk tibai sekali. dah la kadang-kadang tu senyum sorang-sorang, gila apa! ish ish, dunia akhir zaman makin ramai gila. eh ke bukan? kalau tak camne tu, cecite cecite. takda la, sesuka hati ayeem ayam ja kau duk fitnah. eh eh, ayeem blogger tu tak suka fitnah, dia suka romen ja! HAHAHA

kadang-kadang aku duk baca-baca blog orang lain terutamanya lelaki la, sebuk duk mengutuk pompuan yang suka bercamwhore ni. aku geli hati juga kadang-kadang tengok orang bercamwhore ni. yela, macam-macam mimik muka ada. ada yang tumbuh tanduk la, jadi halimah jongang la, jadi b*b* la, dasat dasat. tapi yelakan, aku sebagai pembangun wanita sejagat dengan ini merasmikan eh eh bukan, salah majlis ni. ok ok, ehem ehem. aku sebagai wanita sejati mestilah faham kan, pe salahnya pun. takde pun hukum cakap tangkap gambar ni dosa cuma manusia je yg suka buat gambar tu jadi dosa. oh yeah, oh yeah, perli diri sendiri T__T. faham tak faham bahasa sanskirit aku ni, ye aku saja je eja macam tu, jangan nak kata aku kena masuk tadika balik. chill dude, chill chill. -__-'

korang kena faham, pompuan ni suka mengisi waktu lapang. yela, sambil sambil tunggu pakwe ke kawan ke. amek la gambar dulu, boleh buat kenang-kenangan. nanti dah tua boleh cite kat cucu " cu, cetengok gambar nek ni, cantek kan? ni time nenek pergi toilet KLCC, canggih kan? ". haa, tu semua perlu tu. kang time korang dah nyanyuk tua bangka, jalan pun terkedek terkedek, sume benda dah makin canggih manggih. so gambar itulah yang menjadi kenangan, so function tak function camwhore ni? kan ada kelass gitu! pastu kau takde la duk tension menunggu pakwe or kawan kau ni kan, kurang sikit dosa menyumpah tu. boleh perasan cun dulu sebelum jalan-jalan, yeahh aku pompuan faham sangat la.

" cu, ni gambar nenek dekat tandas cinema mid valley. cantek kan muka nenek?
" a'ah nek, cantek toilet ni. eh eh, cantek nenek " T__T


lagi satu kalau kat dalam bilik kuliah, pehh dapat pulekk lecture yang cakap memang serupa macam radio klasik punya. memang kasi lentok la kepala ni minta sorongkan bantal, mata pun dah menari-menari. eh eh, mata menari-nari?? bukan bukan, huruf menari-nari. so nak hilangkan mengantuk, baik duk syiok sendiri tangkap gambar. time ni mula la, mata kau nak tersembul la, bibir kau angelina jolie curi la, hidung kau naik naik la, mata kau terangkat macam ziana zain la. kan ke sihat kegiatan tu, boleh cergas kan anggota muka. pastu nanti agak kawan sebelah join sekali, dah tangkap tengok balik dah mula puji diri sendiri. nak kasi cover sikit, puji kawan dulu, nanti kawan kau puji balik. sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri, ye dok?? HAHAHA! kata pompuan, adatla.........

contoh gambar dalam bilik kuliah, ye aku pun pompuan jugakkk T__T

dah, korang tak payah nak kutuk-kutuk lagi, biar la. seronok apa tengok orang hepi tangkap gambar. kang diorang nak bunuh diri kat KB Mall, korang bising, kata takda iman la, takda otak la, lembu la, kereta waja la. ye, kereta waja pun boleh juga! sebenarnya ni la salah satu cara kita melepaskan stress dan kentut , kau tangkap gambar, puji diri sendiri, perasan sampai senyum nampak gigi, jadi bahagia. kan?

ni muka terlebih bahagia T__T


p/s : motif tajuk dan isi tiada kaitan, ok sudah -___-'

Thursday, April 7, 2011

blog suci dalam debu dan sawangan!


assalamualaikum
yaw ma man, wassup dude??
check it out, check it out!!


usop : asal teman ghase gelap je tempat ni yob? bersawang haa teman nengoknye!
spiderman : hai abg usop, ni la tempat I tinggal. cantek kan? sapa sokong tempat ni cantek, angkat tangan macam saya ~~~~

lawak nya!!! ok fine, memang tak lawak! =__='
lama dah aku tak update blog ni, lama sangat la.
agak-agak kalau blog ni kek, mesti dah berkulat
kalau almari mesti dah ada spiderman duduk kat blog aku ni.
yeahh, boleh juga. boleh kawin dengan TOBEY MAGUIRE


eh eh, bukan yang ni la! tegap sgt, aku tak layak T__T


eh eh, sapa plak upload gamba ni? sensored doe! =__='


oke, yg ni baru layak untuk aku, HAHAHA :D


korang tak nak tahu ke sebab aku habuk kan blog aku ni?
lantak la kau taknak tahu pun, aku bagitahu jugekkk! aku memang berlagakkk sikit
biasalah, aku kan VIP, selalu buzy ke sana-ke sini
ecehh, jawapan standard yob, ate kome cakap jela kome ni pemalas bebeno nak update blog
baiklah T___T

banyak idea aku nak letak kat blog, tapi malas nak taip
ada sesapa sanggup jadi kuli tak bergaji aku?
bukan susah, taip je apa yg aku cakap


p/s : teman bukan oghang perok yob, teman oghang selangor :D