KiSah lOvEly iNtAn

lovely la sgt ( = _ = ")


Monday, December 6, 2010

melanggar pantang diri sendiri


assalamualaikum

ari ni kene update laju-laju dan pendek-pendek saja
sebab bnyk benda kena buat malam ni
nak packing barang la, nak marathon movie la, nak makan asam la,
nak tengok cermin dah kurus ke belum la dll..KAH KAH KAH!!!


cakap pasal kurus-murus-turus ni, teringat la dekat misi aku konon taknak makan nasi sebulan walaupun ramai yang tidak memberi galakan, semangat, dorongan, supportan, keazaman, kegemilangan, keunggulan dan seteru dengannya. tetapi tidak en.pakwe yang sering memberi kutukan yang memberangsangkan -______-

jadi klimaks pada entry ini ialah pada hari khamis lepas, aku dah melanggar pantang larang. sebab?? sebab?? sebab?? sebab aku dah makan NASI!!! tak tahan dengan godaan sebab en.pakwe ajak makan nasi bersama ikan siakap masak 3 rasa dan ada la lauk-lauk lain. sapa tahan kan, saja nak bagi lemahkan azam aku. waaaaaaa, TIDAK!! tapi relak-relak, aku amek nasi sesuku je dari pinggan tu. makan pun ala-ala nak ikut sunnah, kunyah bukan main lama. konon nak bagi hadam lebih la, so tak kan ada effect apa-apa. benci la kat beliau!!! -________-

ceh, tapi dengar aku nak diet, dia pun nak diet jugak. nak makan nasi sekali sehari je itu pun sebab kerja. kalau tak confem dua-dua makan sup jela. sweet kan kami diet sama-sama ?? *tolonglah muntah!! siap en.pakwe buat pertandingan lagi. siapa lagi kurus tahun depan akan dinobatkan juara dan memenangi baju rm50 ke atas. wow wow wow, saja je nak seksa mental aku kan. walaupun rm50 tu tak seberapa untuk korang, tapi untuk aku dah cukup lumayan tu. lepas la aku nak beli jaket lengan puff idaman aku tu an.


pergh, dapat camni nak oraite gak ni. confem aku berjalan ala-ala artis pastu cakap no komen-no komen. saya dengan Farid Kamil sekadar kawan biasa je dan tak lebih dari tu. tapi jemputlah majlis perkahwinan kami nanti -_______-




kalau yang ni, HOT mak nyah. boleh la aku plak wat video kat pavilion. confiden sikit nak buat aksi-aksi terajang. KAH KAH KAH!!!


so doakan la kejayaan aku supaya aku dapat jaket idaman aku tu. kalau korang tak nak pun doakan jela yek. HAHAHAHA


tapi harapan aku agak tipis sebab aku selalu buat survey dari rakan sekeliling tentang hal ini dan ramai yang mengatakan en.pakwe lagi kurus dari aku. SEDIH!! rasa nak give up tapi tak boleh. ramai jugak yang sedapkan hati aku dengan mengatakan en.pakwe tinggi sebab tu nampak kurus. aku plak pendek sebab tu nampak berisi sikit. bukan GEMUK tau, tapi BERISI. lain tu maksud dia. HAHAHAHA!! cehh, tak adil sungguh ketinggian ni, ada ke patut camtu. tak aci la untuk insan-insan macam aku ni. dem dem dem.

aku harap lepas sebualn nanti banyak la perubahan dekat diri aku. cewah!! agak-agak aku boleh tak minta jadi model jus mate 5 nanti lepas aku dah kurus. KEH KEH KEH!!


mungkin tahun baru nanti ada perubahan kat aku ke an?

dari



jadi camni ke


tapi aku nak berisi sikit la dari ni, HAHAHA!! * ada hati jugak tu!! -____-


tak pun camni ke?


orait gak an?? kalau boleh rambut-rambut sekali aku nak camni. KAH KAH KAH!!


cukupla tu sesi perasankan diri sendiri
banyak lagi kerja menanti
so adiosa
hari selasa mahu pulang ke rumah
jadi feel sedih sebentar sebab jauh dgn en.pakwe untuk sebulan T____T
but HOME SWEET HOME :)

p/s : tak tahu la godaan kat rumah camne plak?? -______-

No comments:

Post a Comment