KiSah lOvEly iNtAn

lovely la sgt ( = _ = ")


Thursday, April 28, 2011

kisah seorang isteri

assalamualaikum
yaw, wassup bro


aku dah habes exam, yeaaa loncat la sikit!
sekarang aku macam malas sikit nak update blog
ops, bukan macam, tapi memang -___-'
sedih kan?
jeles tengok org update laju-laju mcm drivethru *pe kaitan pun aku tak tau


sekarang aku dah start cuti sem
serius aku tak suka cuti sem der, nt aku terseksa~~
puyusss...
jauh dgn marka, sapa suka haa? aku memang gedik
nasib baik cuti sebulan, lek luuu~~
bukan apa, aku kalau duduk rumah mcm takde life der,
eceh, aku syg family aku, rilex rilex
cuma, yela tak bolah la aku nak joli joli


cuti sem, aku kerja la mcm biasa
tapi kali ni lagi mantap
kerja guru ganti/guru sandaran, sapa mau bagi???
ok la kan, untuk bekalan hidup
simpan bank sebulan check balik dah lesap~~
pe pun tak boleh kau ni intan T___T
panggil la aku cikgu intan and teacher intan
pergh, gua ajar BI bai. serius tak menahan
pe aku nak ajar, please tell me tell me
jgn kasi aku malu dah la kan, ekau sajo nak kona kan den!
aku ajar PJK dgn SIVIK jugek, kurus la kau intan.


so, balik rumah takdelah dapat internet yg heaven mcm kat kolej
internet rumah aku pun pinjam line jiran aku, HAHAHA!
sem depan masa depan aku pun tak terjamin, sem dpn aku duduk rumah sewa
sedih tak sedih aku menahan la kan, errhhh~
confem aku pandang laptop dgn pandangan bersahaja je kan.
ntah ada internet ke tak, sob sob sup sup ayam pun boleh


kesimpulannya daripada jalan cerita di atas?
senang je
jangan harap dan aku tau memang takde sapa harap la
aku akan update raban-raban laju-laju
serius, aku update ikut mood dan kerajinan
yela, lagipun sekarang mcm takde cite best nak bagitau
tak kan aku nak tulis " hari ni aku pi toilet, aku nampak lipas, aku menjerit-jerit"
watdepukk la kan!
tunggu la aku dah kerja ke kahwin ke dah ada anak ke
best sikit nak cite apape kan
cerita malam pertama ke, malam kedua ke, ke tiga ke, HAHAHA


ye, tajuk dengan entri tiada kaitan.
saya tahu, maaf

K BYE! hahaha :D

p/s : aku tak tahu sem depan aku macam mana, aishh -___-'


Saturday, April 9, 2011

hantu kak limah dan kameranya


assalamualaikum
di malam yang hening, kedengaran kucing sahut menyahut
angin sepoi-sepoi language
ahh, dah apa aku merepek pagi-pagi buta ni??!!

orang kampung sekalian, petang tadi aku tengok hantu kak limah back home
ye, kau tak payah susah susah nak kutuk aku
memang aku baru tengok, tak payah nak hanjing-hanjing aku
handbag boleh, ehh tetiba -__-'

hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni hari ni
( oh sila baca tanpa henti, power tak korang? ^~ )
ok-ok dah cukup la tu
hari ni aku nak cite pasal pompuan, ye pompuan bukan pondan
gadis ke, kawin ke, janda ke, lantak! janji kau pompuan la

hai uolss, nama i markona. i wanita sejati taw -__-'

korang penah dengar tak pasal camwhore camwhore ni? ala yang pompuan sebuk duk menyengih kat depan lappy la, henset la. agaknya kalau tv tu ada kamera pun dia duk tibai sekali. dah la kadang-kadang tu senyum sorang-sorang, gila apa! ish ish, dunia akhir zaman makin ramai gila. eh ke bukan? kalau tak camne tu, cecite cecite. takda la, sesuka hati ayeem ayam ja kau duk fitnah. eh eh, ayeem blogger tu tak suka fitnah, dia suka romen ja! HAHAHA

kadang-kadang aku duk baca-baca blog orang lain terutamanya lelaki la, sebuk duk mengutuk pompuan yang suka bercamwhore ni. aku geli hati juga kadang-kadang tengok orang bercamwhore ni. yela, macam-macam mimik muka ada. ada yang tumbuh tanduk la, jadi halimah jongang la, jadi b*b* la, dasat dasat. tapi yelakan, aku sebagai pembangun wanita sejagat dengan ini merasmikan eh eh bukan, salah majlis ni. ok ok, ehem ehem. aku sebagai wanita sejati mestilah faham kan, pe salahnya pun. takde pun hukum cakap tangkap gambar ni dosa cuma manusia je yg suka buat gambar tu jadi dosa. oh yeah, oh yeah, perli diri sendiri T__T. faham tak faham bahasa sanskirit aku ni, ye aku saja je eja macam tu, jangan nak kata aku kena masuk tadika balik. chill dude, chill chill. -__-'

korang kena faham, pompuan ni suka mengisi waktu lapang. yela, sambil sambil tunggu pakwe ke kawan ke. amek la gambar dulu, boleh buat kenang-kenangan. nanti dah tua boleh cite kat cucu " cu, cetengok gambar nek ni, cantek kan? ni time nenek pergi toilet KLCC, canggih kan? ". haa, tu semua perlu tu. kang time korang dah nyanyuk tua bangka, jalan pun terkedek terkedek, sume benda dah makin canggih manggih. so gambar itulah yang menjadi kenangan, so function tak function camwhore ni? kan ada kelass gitu! pastu kau takde la duk tension menunggu pakwe or kawan kau ni kan, kurang sikit dosa menyumpah tu. boleh perasan cun dulu sebelum jalan-jalan, yeahh aku pompuan faham sangat la.

" cu, ni gambar nenek dekat tandas cinema mid valley. cantek kan muka nenek?
" a'ah nek, cantek toilet ni. eh eh, cantek nenek " T__T


lagi satu kalau kat dalam bilik kuliah, pehh dapat pulekk lecture yang cakap memang serupa macam radio klasik punya. memang kasi lentok la kepala ni minta sorongkan bantal, mata pun dah menari-menari. eh eh, mata menari-nari?? bukan bukan, huruf menari-nari. so nak hilangkan mengantuk, baik duk syiok sendiri tangkap gambar. time ni mula la, mata kau nak tersembul la, bibir kau angelina jolie curi la, hidung kau naik naik la, mata kau terangkat macam ziana zain la. kan ke sihat kegiatan tu, boleh cergas kan anggota muka. pastu nanti agak kawan sebelah join sekali, dah tangkap tengok balik dah mula puji diri sendiri. nak kasi cover sikit, puji kawan dulu, nanti kawan kau puji balik. sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri, ye dok?? HAHAHA! kata pompuan, adatla.........

contoh gambar dalam bilik kuliah, ye aku pun pompuan jugakkk T__T

dah, korang tak payah nak kutuk-kutuk lagi, biar la. seronok apa tengok orang hepi tangkap gambar. kang diorang nak bunuh diri kat KB Mall, korang bising, kata takda iman la, takda otak la, lembu la, kereta waja la. ye, kereta waja pun boleh juga! sebenarnya ni la salah satu cara kita melepaskan stress dan kentut , kau tangkap gambar, puji diri sendiri, perasan sampai senyum nampak gigi, jadi bahagia. kan?

ni muka terlebih bahagia T__T


p/s : motif tajuk dan isi tiada kaitan, ok sudah -___-'

Thursday, April 7, 2011

blog suci dalam debu dan sawangan!


assalamualaikum
yaw ma man, wassup dude??
check it out, check it out!!


usop : asal teman ghase gelap je tempat ni yob? bersawang haa teman nengoknye!
spiderman : hai abg usop, ni la tempat I tinggal. cantek kan? sapa sokong tempat ni cantek, angkat tangan macam saya ~~~~

lawak nya!!! ok fine, memang tak lawak! =__='
lama dah aku tak update blog ni, lama sangat la.
agak-agak kalau blog ni kek, mesti dah berkulat
kalau almari mesti dah ada spiderman duduk kat blog aku ni.
yeahh, boleh juga. boleh kawin dengan TOBEY MAGUIRE


eh eh, bukan yang ni la! tegap sgt, aku tak layak T__T


eh eh, sapa plak upload gamba ni? sensored doe! =__='


oke, yg ni baru layak untuk aku, HAHAHA :D


korang tak nak tahu ke sebab aku habuk kan blog aku ni?
lantak la kau taknak tahu pun, aku bagitahu jugekkk! aku memang berlagakkk sikit
biasalah, aku kan VIP, selalu buzy ke sana-ke sini
ecehh, jawapan standard yob, ate kome cakap jela kome ni pemalas bebeno nak update blog
baiklah T___T

banyak idea aku nak letak kat blog, tapi malas nak taip
ada sesapa sanggup jadi kuli tak bergaji aku?
bukan susah, taip je apa yg aku cakap


p/s : teman bukan oghang perok yob, teman oghang selangor :D



Friday, February 11, 2011

megan fox minat aku!


assalamualaikum


tiba-tiba gua rasa nak kurus, gua tension tengok orang kurus. ciss, dem sungguh!tertekan ni, rasa macam nak tekan-tekan orang. ni semua gara-gara gua baca blog-blog wanita kurus.huh!tapi selalu sangat banyak halangan dan palangan.lu orang ingat senang ke nak kurus?oh tidak tidak, perlukan semangat yang gitu. bak kata pepatah 'gaya, mutu keunggulan', korang tak penah dengar takpe sebab aku tak kisah. HAHAHA!

dulu aku penah juga lancarkan misi kurus aku ini, maybe berjaya sikit la. omputeh spekang maybe in 3 or 5 percent only, ok la tu kan dari takde langsung. yela, kalau ada orang tegur tu berjaya la. tapi banyak mana la sangat kan. aku tengok pun sama je, takde perubahan dan penukaran. nehi nehi, bonci bonci!

teknik gambar nampak kurus
vs
tangkap gambar macam mana pun masih kurus

aku ada jugak tengok ramai yang kurus mendadak, serius gua tak tipu. dulu kat skola gua tengok awek tu gemuk wey, tapi sekarang perghh bergetah. gua tarak tipu der, fishkek betul. gua jelez ni, jelez! bila gua tanya apa tips beliau, dia memang tak segan silu la nak bagitau kat gua. bagus bagus, sifat orang melayu camni yang kita mahukan. yeaahh, malaysia boleh! tapi sebelum dia bagitahu lagi gua dah dapat bau dah rahsia dia, gua kan hebat. yes, betul lah telahan dan melahan gua, beliau tak makan nasi. gua dah agak, gua dah agak. *muka hebat

aku respect la kat awek tu, bukan respek sebab dia dah kurus tau. tapi aku respek sebab beliau sangat gigih dan berusaha. memang nekad sangat la tu, tak macam aku. aku hangat-hangat katy perry, ehh tak tak hangat-hangat taik chicken. tetiba teringat kat kfc, haa tengok tengok aku dah cakap dah. macam mana la nak kurus kalau camni perangai aku, dem betul. pastu awek ni memang tabah la gua cakapkan. bayangkanlah ramai kot selalu ejek-ejek dia, cakap macam mak orang la pe la. ciss, jahat betul mulut manusia ni kan. tak cukup cili dan pedas lagi ke masakan orang melayu ni. antara sebab-sebab camni lah yang menyebabkan awek ni tekad nak dera diri tak makan nasi. ehh bukan dera diri, tahan diri la dol. baik la lah!


ini tak betul!

ok cakap pasal tak makan nasi ni kan, fine la aku tahu ramai tak setuju cara diet ni. konon kata nanti tak elok la, badan tak seimbang la, nanti mati la dan macam-macam lagi. tapi entahlah aku tak nampak pun salah tak makan nasi tu. memang la sebab aku pun wat camtu kan, kan? wrong la kalau korang pikir camtu. tu la kalau sebut je tak makan nasi, terus kita pikir mesti mati la pe la. itulah orang melayu dan terus layu. kawan aku tu tak makan nasi sejak dari kecik lagi, tak mati-mati pun. gemuk lagi ada la, hahaha! bukan kita tak makan langsung, makan tetap makan. cuma yela menu jela bertukarkan. so why not tak boleh? pastu korang kena la jugak senam-senam sikit kan. kalau tak susah juga lemak tepu tu nak hilangkan. kira barula badan kurus dan fit, macam angelina jolie ke megan fox ke. mantap seyh!!

tapi yela apa-apa hal pun, paling penting sebenarnya semangat dan nekad kita tu. kalau tak tak jadi apa lah kan. sekadar di pinggiran kubur jela impian korang tu kan. tapi tapi gua nak kurus pun, gua bukan nak kurus sangat. lek der, lek lek! gua nak takat-takat normal je. tapi pecaya tak, gua sebenarnya dah lama tak timbang berat badan. serius! paling last kalau tak silap aku la kan, tingkatan-tingkatan kot. itu pun sebab sekolah nak kalau tak memang tak la! so sampai sekarang la aku tak tahu berat aku bape, kesian aek? HAHAHA! tapi aku ingat aku nak check balik la, baru aku boleh target berapa banyak aku nak achieved untuk aku nak turun. cehh, wawasan giler budak sorang ni. -____-


pinggang aku dua kali ganda besar dari ni -___-'


korang jangan la ingat nak kurus sebab nak cantik je, salah tu. kadang-kadang keselesaan pun mempengaruhi. yela bayangkan kalau korang pergi mana-mana mall, kira nak shopping sakan lah. nak lagi meriah pergi dengan geng-geng bas sekolah. nak shopping der, gua cakap kat lu la. memang memerlukan tenaga yang kuat. kalau korang ni badan macam aku, penat seyh kadang-kadang nak bawak badan. rasa macam nak tinggal jap kat mana-mana, pastu balik shopping ambil. best nya kalau boleh macam tu, HAHAHA! so bila badan korang kurus, tak la penat sangat nak jalan-jalan, nak shopping. yang paling penting kesihatan der. sekarang macam-macam penyakit ada. kadang-kadang kita tak pernah tahu pun pasal penyakit tu tetiba ada je. maka marilah sama-sama kita berkempen dengan makan makanan yang berkhasiat dan menjalani kehidupan yang lebih sihat. waahh, ayat aku boleh copy paste masuk esaimen der! HAHAHA.

jap jap, bukan main panjang aku jebang kat korang, aku ni bila nya nak start kurus? entah la! HAHAHAHA. jom lempang saya T_____T moga misi kali ini akan berhasil, yeeaahh! tapi aku kalau kurus pun macam tak best, aku tak tinggi. wuu wuu, nak nanges laju-laju la kat tepi katil. sedihnya T____T

p/s : aku tak siap lagi esaimen yang nak kena hantar esok, dem! bubye

Monday, February 7, 2011

sudah tua :)

assalamualaikum,


4 Februari 1988
hari jadi en.pakwe
happy bezday yayang :)

semoga yang di hajati tercapai
cari duit banyak-banyak ok, nanti cepat kawen
HAHAHAHA!

p/s : doakan saya dan en.pakwe :)


kebanjiran blog di malaysia


assalamualaikum

kabare sume??
waras??

kerek tak muka gua? kerek an, choiii!

sangat rindu pada ini blog, tapi mesti banyak anasir-anasir jelez yang tak bagi aku hapdate. termasuk la pak nasir dan m.nasir. tak baik kan diorang, nak kena babap ni, aipp aipp ! ahh, kau nak pelat-pelat plak, lempang nak?

aku tengok sekarang ni la kan makin ramai makhluk dari pelbagai planet yang buat blog, baguih betul zaman laa ni kan. masing-masing tak nak ketinggalan bas mahupun ktm. yela kang kalau tak buat nanti orang cakap "u ni so village la, tak update la'', iye dok? tak pun mungkin orang akan cakap "wey kau takde blog ke dowh? buang negeri la lu". ada blog kan best, boleh kutuk-kutuk orang, tak pun cerita-cerita pasal pakwe korang kat dalam blog sendiri * cehh, ni dah kes perli diri sendiri ni. nehi-nehi! kan-kan??

kalau nak lagi best satu geng buat blog, haa tak dan la nak gaduh-gaduh kan. setiap sorang satu. nanti dalam tu boleh la perli-perli kawan sendiri kot-kot la ada yang terpendam ke. nanti boleh la tulis "kawan i tu dahla gedik, tak tahu malu plak tu. ishh sedar la diri sikit, tak kuasa i nyah!", kan kan?? pastu dah buat blog sibuk la suruh orang follow-follow, siap tulis "i follow u, u follow me back ok ". aku dulu je camtu sekarang dah dapat kesedaran. HAHAHA!

ish ish, macam-macam betul la. kalau dulu blog ni lebih femes kat perempuan sekarang lelaki pun dah ramai. best best pulak tu kan, baguih baguih. yeaahh, majulah sukan untuk negara! aku kalau blog lelaki memang feberet aku blog masuk air ni la. pastu de gak blog bapak ayam ni, lagi satu blog otomen ni. memang mantop la! kalau yang sejantina dengan aku banyak la kan, yang femes-femes je gua layan. pe barang yang village-village ni. takde class, ahh lempang! banyak sangat woo, penat pulak aku nak taip nanti. masing-masing ada cerita dan konsep tersendiri. aiss dah macam nak decorate rumah la plak pakai konsep-konsep ni. konsep aku ala-ala jawa, kau ada??

ada blog ni banyak benefit and kekurangannya jugak, so pandai-pandai la makhluk tersebut menggunakannya. tapi bagi aku blog ni tak lebih dari sebagai teman kesuyian dan kesuntian, yela kalau rasa nak buang masa tu boleh la nak berblogging-blogging ni. kalau dapat kesedaran esaimen berlambak kat tepi meja tu baru la kau nak buat kan, pastu blog kau dah malas nak hapdate. itu aku itu aku, jangan konfius ni tajuk lagu baru. HAHAHA!


pak cik ni ada style, gua suka der! HAHAHA

p/s : bukan setakat jb je banjir, blog pun boleh banjir jugak apa ;)

Wednesday, January 19, 2011

duit PTPTN saya ada RM 10,000


assalamualaikum
lama rasanya dah tak update blog
banyak halangan
sungguh saya tak menipu
dengan emosi yang tidak stabil
ya, sangat tidak stabil
ini semua gara-gara



PTPTN


apakah itu??
pusat tolong pelajar tensionkan fikiran???
bukan, bukan
pusat suka tipu duit pelajar???
bukan, bukan


ahh, lantaklah. kau nak tau search kat google sendiri. aku tengok sampai sekarang still heboh lagi pasal isu ni. sampai naik bosan dah, malas nak layan sebenarnya. sebab tak kan ada penyelesaian turun dari langit melainkan ada yang berusaha. kan?? tapi senyap je. kesian la budak-budak upsi ni, aku tak. aku budak proton, tiba-tiba! HAHAHA.

tapi aku malas la nak cakap lagi kan, sebab benda yang sama. BORING ~~ so, sabar jela kan. bulan depan kayo la korang. beli la barang sepuas-puasnya. macam aku siap dah buat list lagi, wahh gitu. mcam-macam benda aku nak buat dengan dui PTPTN tu dan semestinya benda-benda yang tak berfaedah. HAHAHAHA!! kau memang tak pernah nak tobat-tobat kan intan!!

setiap kali jumpa en.pakwe, mesti ada je cerita nak beli itu la, nak beli ini la. macam-macam la senang cerita. ingatkan nak bagi sokongan yang padukan, yela dapat makwe yang suka berangan macam aku ni memang kena buat gitu. udohnya perlian yang aku dapat. "AMBOI, NAK BELI MACAM-MACAM, DUIT PT MACAM 10 RIBU JE " . dahla, nak nangis laju-laju la kat penjuru katil. comel kan ?? (-____-')


nah, amek la 10 ribu ni, i bagi free. kan best kalau en.pakwe offer camni. LALALALA!!


belum lagi aku dapat duit PT, aku dah terbeli perfume. TER ye kawan-kawan. bukan salah saya, salah perfume yang sedap itu dan kakak yang baik itu. sangat best okey, sungguh saya tak tipu. murah pun murah, wangi pun wangi. apa lagi, aku angkut. jenama salvatore ferragamo, ianya adalah original. baunya sangat lembut dan sedap ya, rasa nak makan. nasib baik duit PT tak masuk lagi, kalau tak aku borong semua sekali. OH, YEAHH~~


sangat heaven perfume ini ya, sangat seksi juga. like banyak-banyak :D


lepas tu, tiba-tiba dapat seru dari mata ke hati. apakah itu?? oh, saya tak nak kahwin lagi. bukan yang itu. aku tiba-tiba jatuh cinta dekat MUHAMAD NOOR SALAM plak, ehh bukan-bukan. yang itu sudah semestinya. jatuh cinta nak pakai contact lens, bukan kanta kenalan ya kawan-kawan. yela, mata aku bukannya oversea sangat kan. jap, jawa oversea juga kan? okey, mata aku obersea ya, bukan oversea. perasan ! bila pakai contact lens boleh la berlagak sambil catwalk kat mana-mana. bajet sikit la macam katy perry ke, megan fox ke kan. ah, lempang kau laju-laju. kau nak pakai tapi takut, apa cerita ?? the end!


muka saya lepas plastic surgery, cantik kan? T___T


lepas tu, mahu beli barang kecantikan pula, yela banyak dah perhiasan kat muka ni. macam adik-beradik bulan dah ni. tension je tengok muka sendiri, rasa nak koyak pastu berharap keluar muka angelina jolie. boleh ke? cepat la duit masuk sebelum banyak lagi khazanah kat muka ni bercucuk tanam. ingat muka aku taman bunga-bunga cinta ke ??


muka saya juga seksi, yaooo!! pelik? baik. -____-


lagi-lagi, nak masukkan microsoft office kat laptOp aku, kalau tak macam mana aku nak buat assignmentkan? pelik tak laptop aku, sangat pelik okey. walaupun hanya RM 5 untuk di install kan, namun masih tidak mampu. kesian kan? baik, masukkan la saya dalam rancangan bersamamu.

yang selebih-lebihnya mestilah untuk di shoppingkan, ohh yeahh!! i like. tapi tapi duit assignment aku?? waargghhh, 10 ribu please!! duit PT aku tak cukup. sedih lah hidup macam ni. yela, lempang diri sendiri. bersyukur la intan! baik, baik.


dahlah nak sambung berangan sorang-sorang balik
jangan kacau okey
nak ikut?? , jom-jom :D


p/s : dunia ini tak seindah seperti yang di sangka :)